KUALA LUMPUR – Penyanyi dan juga pelakon Adibah Noor Mohamed Omar, 52, dilaporkan menghembuskan nafas terakhir lebih kurang pada jam 7.45 petang tadi di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur selepas mengalami sesak nafas dan dipercayai akibat daripada penyakit kanser ovari tahap empat yang dihidapinya.
Berita dukacitia itu disahkan rakan artis, Datin Emylia Rosnaida yang juga isteri kepada Datuk AC Mizal menerusi satu hantaran di akaun Instagram.
“Allahuakbar sedihnya, terkejut dapat berita ni. Sahabat kita yang versatile Adibah Noor @adibahnoormohdomar, baru sahaja meninggal dunia,” katanya dalam muat naik sekitar 8 malam tadi.
Difahamkan jenazah masih berada di hospital swasta berkenaan dan akan dibawa pulang ke rumah bapanya di Keramat Permai selepas segala urusan jenazah selesai.
Mengikut sumber, arwah menghidap kanser ovari dan kini sudah berada pada tahap empat, namun merahsiakannya.





