KUALA LUMPUR – Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam diarah menjawab notis tunjuk sebab pada Jumaat (8 Julai) ini selepas memanggil seorang anggota Polis dengan panggilan ‘BODOH’.
Memetik laporan Berita Harian, Mahkamah Tinggi hari ini telah menetapkan Jumaat ini buat bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam untuk menjawab notis tunjuk sebab berhubung tindakannya menghalang penjawat awam dan mendakwa sistem perundangan negara tidak adil.
Peguam kepada Lokman dikhabarkan hanya mempunyai masa pada Jumaat ini.
Terdahulu, Zahid Hamidi telah menawarkan khidmat peguam kepada Lokman, namun bekas MT UMNO itu masih mahu menunggu peguamnya.
Pada Khamis lalu, Lokman dikenakan notis tunjuk sebab selepas Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran membangkitkan perkara itu dan meminta mahkamah mengenakan tindakan terus terhadap bekas ahli MKT UMNO berkenaan.
Raja Rozela dilaporkan berkata, ketika prosiding berhenti rehat, beliau dimaklumkan polis mahkamah, Lans Koperal Walter bahawa Lokman memanggil polis ‘BODOH’ apabila dia ditegur sedang ‘BERMAIN’ telefon ketika prosiding kes.
Mengambil kenyataan umum, orang ramai turut merasa kesal terhadap Lokman yang tidak sepatutnya memanggil penjawat awam terutamanya pihak Polis dengan panggilan jelek sekalipun ditegur memandangkan mereka hanya melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan.





