MENJAWAB FITNAH MELAMPAU KE ATAS TAN SRI MUSA AMAN.
KOTA KINABALU, SABAH – Kami adalah Gabungan NGO Bebas Suara. Sebelum ini kami terlibat dalam melancarkan kempen petisen mendesak Shafie Apdal meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah.
Kami tidak bercadang menghapuskan petisen ini kerana ini adalah satu bukti menunjukkan Shafie Apdal sememangnya bekas Ketua Menteri Sabah yang ‘PALING GAGAL’ dalam barisan Ketua Menteri Sabah.

Kami menulis surat ini selepas tular FITNAH yang dimuat naik di media sosial Facebook milik ‘Borneo Voice’ di antaranya berbunyi “Ketua Menteri paling miskin dalam Sejarah Sabah.. tiada rumah besar tiada kereta besar tiada tanah yang besar. Selama jadi Ketua Menteri dia hanya tumpukan kerja untuk memajukan Sabah membantu rakyat susah. Siang Malam bekerja untuk rakyat Sabah.”
“JIKA DIA KEMBALI BERTANDING RAKYAT SABAH HARUS BAGI DIA PELUANG UNTUK MAJUKAN SABAH MACAM DUBAI.”


Kami sedar pimpinan Parti Warisan termasuk ahli-ahlinya masih berdendam dengan Tan Sri Musa selepas runtuhnya Kerajaan Warisan selepas hanya 26 bulan mentadbir negeri Sabah.
Kemudian ramai pula wakil rakyat Warisan yang telah meninggalkan Parti termasuklah Ketua-ketua Bahagian sehingga Warisan terpaksa cuba untuk menangguhkan persidangan namun ditolak oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (Ros).
Ini adalah hukum karma selepas Shafie mendirikan kerajaan ‘PINTU BELAKANG’ pada tahun 2018 dan sepatutnya disedari oleh Shafie Apdal sendiri, termasuklah ahli-ahli yang masih setia dengannya.

Agak pelik apabila Tan Sri Musa yang kini tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam parti malahan ketika ini hanya orang biasa, sebaliknya masih diserang bertalu-talu oleh kepimpinan dan ahli-ahli Parti Warisan.
Oleh sebab itu kami terpanggil untuk menjawab fitnah ini.
Menjawab tuduhan FITNAH di atas, kami menulis beberapa FAKTA seperti berikut;
FAKTA mengenai Tan Sri Musa Aman.
1. Rezab kewangan Negeri Sabah mencecah 3 billion selepas hanya 180 juta semasa mengambil alih jawatan Ketua Menteri daripada Tan Sri Chong Kah Kiat.
2. Mendapat sijil tanpa teguran selama 15 tahun beturut-turut dan juga mendapat pengiktirafan angerah “Triple-A” di atas urus tadbir kewangan yang baik oleh Jabatan Audit Negara.



3. Kilang Pusat Pemprosesan Minyak Sawit POIC) yang terbesar di Malaysia telah dibina di Lahad Datu.

4. Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) berhampiran bangunan Tun Mustapha (Yayasan Sabah).

5. Pusat pemprosesan minyak gas Kimanis dan Sipitang.

6. Pusat Konvensyen Dunia berdekatan Bangunan Kastam (SICC).


7. Mahkamah Majistret Baharu Kota Kinabalu.

8. Mahkamah Syariah Kota Kinabalu (Likas).

9. Hospital UMS yang sedang dibina bernilai RM652 Juta.

10. Jalan Lebuhraya Pan-Borneo.


11. Hotel- hotel antarabangsa yang seperti Hilton, Marriott, Hyatt dan banyak lagi dibina di Bandaraya Kota Kinabalu.

12. Jalan 4 lorong dan jejantas kenderaan yang sedang dibina di laluan jalan Sulaman, Inanam dan Luyang.

13. Pusat Rekreasi dan Riadah jalan Teluk Likas ke UMS yang terbaik di Malaysia (Ala Dubai).

14. Bangunan komersial yang sedang dibina di Kota Kinabalu.

15. Hutan berjaya ditanam semula, dipulihkan dan dirawat, seluas 700,000 hektar dan merupakan yang terbesar di Malaysia. Sebanyak 53 peratus (53%) atau 3.9 juta hektar tanah telah dirizabkan secara kekal sebagai kawasan hutan simpan, kawasan perlindungan dan kawasan pemuliharaan hidupan liar melalui dasar pengurusan hutan lestari.

16. Kadar KDNK negeri Sabah pada 2017 yang tertinggi di Malaysia 8.2 peratus (8.2%).
FAKTA Pencapaian Datuk Seri Shafie Apdal;
1. Meruntuhkan kadar KDNK dari 8.2% dan selepas Shafie mengambil alih Kerajaan Negeri Sabah, kadar KDNK terus menjunam ke paras 1.5% pada tahun 2018 dan 0.5% pada tahun 2019.

2. Membawa masuk cawangan Mc Donald di daerah Semporna.


3. Melancarkan minyak jenama BESS.


4. Menandatangani perjanjian pelaburan berbillion ringgit dengan syarikat luar negara tetapi akhirnya satu pun tidak berjaya melabur di Sabah.



5. Meletakkan logo Parti Warisan di tengah bulatan jalan berhadapan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS).


6. Memutihkan warga asing dan mencadangkan pemberian Pulau kepada warga asing.



Sekian,
Gabungan NGO Bebas Suara.
(Tulisan ini telah dikirim oleh penulis iaitu Gabungan NGO Bebas Suara ke portal berita sabahnews.com.my dan artikel ini tidak mencerminkan langsung pandangan pihak Sabah News…)






