KOTA MARUDU, SABAH – Kumpulan Yayasan Sabah telah menganjurkan Karnival Pendidikan: ‘Roadshow’ Program Tajaan Biasiswa Menengah Semenanjung/Sarawak dengan kerjasama PETRONAS dan Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu bertempat di Dewan Komuniti Kota Marudu pada 29 Ogos 2022.
Seramai 600 orang pelajar serta ibu bapa telah menyertai karnival tersebut. Dalam karnival ini, para pelajar dan ibu bapa diberi taklimat mengenai peluang-peluang tajaan Kumpulan Yayasan Sabah serta diberi pendedahan kepada pelajar dan belia mengenai peluang dalam pendidikan serta kerjaya.
Antara yang hadir dalam karnival ini ialah Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Encik Hanafiah Diman dan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Marudu, Datu Roslin bin Datu Siabok.





