KKM Masih Kaji Pemberian Vaksin Influenza Percuma Kepada Kumpulan Berisiko Tinggi

KKM Masih Kaji Pemberian Vaksin Influenza Percuma Kepada Kumpulan Berisiko Tinggi

0
SHARE

KUALA LUMPUR –  Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, Kementerian Kesihatan masih mengkaji pemberian suntikan vaksin influenza secara percuma kepada kumpulan warga emas berisiko tinggi.

Katanya, ini berikutan pemberiaan vaksin secara percuma itu cuma diberikan kepada kakitangan kesihatan.

Justeru, beliau menyarankan masyarakat terutamanya mereka yang berumur 65 tahun ke atas kerana keadaannya mungkin boleh jadi serius sehingga menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk dan membawa maut.

“Kita dapati influenza ini bermusim di negara sederhana, tetapi di negara kita (musim) tropikal tidak ada musim. Ia datang sepanjang tahun dan adakala naik serta turun…

“Setakat ini kementerian kesihatan (cuma) berikan kepada kakitangan kesihatan, tetapi kita akan bergerak ke arah itu dan perancangan untuk memberikan suntikan vaksin influenza percuma kepada mereka yang berumur 65 tahun ke atas.

“Namun, setakat ini belum dilakukan lagi, tetapi kita ada perancangan ke arah itu dan Insya Allah kalau benda itu jadi kenyataan akan diumumkan Menteri Kesihatan (Khairy Jamaluddin),” katanya.