KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bakal mengadakan satu mesyuarat khas untuk membincangkan dan menentukan tarikh penting bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 20 Oktober akan datang ini.
Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak dalam satu kenyataan media berkata mesyuarat khas terbabit juga bakal membincangkan dan menentukan tarikh penting bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah.
“Mesyuarat khas itu akan diadakan pada 20 Oktober ini bersamaan hari Khamis pada jam 10 pagi di Menara SPR, Putrajaya…

“Mesyuarat khas itu akan dipengerusikan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh, yang akan membincangkan tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan kedua-dua pilihan raya tersebut…
“Kemudian, satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat itu,” katanya.





