Sokongan Padu Rakyat Kepada GRS-BN Penting Untuk Teruskan Momentum Kejayaan

Sokongan Padu Rakyat Kepada GRS-BN Penting Untuk Teruskan Momentum Kejayaan

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Momentum kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (GRS-BN) dalam membawa Sabah maju ke hadapan dalam semua aspek perlu diteruskan demi kesinambungan kemakmuran negeri dan kesejahteraan rakyat.

Justeru, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam menyeru semua rakyat di negeri ini untuk memberikan sokongan padu mereka kepada calon-calon GRS-BN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Kerajaan GRS-BN perlu sokongan padu dan berterusan rakyat Sabah demi kesinambungan kejayaan dalam semua aspek yang kita nikmati bersama ketika ini…,” katanya semasa merasmikan Majlis Ramah Mesra Bersama Calon GRS, Yee Tsai Yiew  anjuran Persatuan Bola Keranjang Kota Kinabalu (KK) yang diadakan di Dewan Hakka, Tanjung Lipat, di sini, kelmarin (Isnin).

“Kita amat bersyukur kerana berada di bawah kepimpinan Ketua Menteri dan kita berjaya meningkatkan ekonomi negeri walaupun pandemik masih belum reda sepenuhnya,” kata beliau…

Atas kegigihan dan kepimpinan Hajiji, katanya, pada tahun lalu, Kerajaan GRS-BN telah berjaya meningkatkan pendapatan negeri Sabah kepada RM5.49 bilion dan kita yakin pada tahun ini pendapatan negeri boleh mencecah RM6 bilion.

“Kita berjaya meningkatkan hasil negeri dalam masa kurang dari dua tahun kerana keadaan politik yang stabil, yang juga telah menarik minat pelabur-pelabur asing daripada luar dan dalam negara.

“Dalam masa kurang dua tahun, tambah beliau, Kerajaan GRS-BN juga berjaya menarik pelabur asing daripada negara China  (Kibing Solar) dan Korea Selatan (SK Nexilis), yang melibatkan kilang kaca atau solar panel dengan nilai pelaburan sebanyak RM6.2 bilion.

“Ini adalah hasil kerjasama kita semua. Itu sebabnya kita perlu memenangi PRU15 ini, GRS-BN perlu memenangi semua kerusi yang ditandinginya dengan sokongan penuh daripada semua lapisan rakyat di negeri ini,” jelas beliau.

Turut hadir ialah Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Dr. Roland Chia Ming Shen; Timbalan Presiden PBS, Datuk Seri Dr. Yee Moh Chai; Ketua Bahagian dan Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Kota Kinabalu, Datuk Faizal Diego dan Salmie Sarinoh; Pengerusi Kota Kinabalu Basketball Association selaku Pengerusi Penganjur Majlis Ramah Mesra, Kapitan Fung Chun Fatt dan juga Ketua masyarakat Kota Kinabalu, Datuk Eng Thiam Leong.