Ahli GRS Keluar BERSATU Kerana Agama Islam Dipolitikkan

Ahli GRS Keluar BERSATU Kerana Agama Islam Dipolitikkan

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Keputusan pemimpin dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah adalah akibat dariapda peningkatan retorik perkauman dan agama.

Setiausaha Agung GRS Datuk Seri Masidi Manjun tanpa menamakan berkata beberapa parti berasaskan Semenanjung terutama menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 berkelakuan tidak konsisten dengan nilai-nilai Sabah dan Sarawak yang berbilang kaum dan agama.

Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Masidi Manjun…

“Ramai yang lupa bahawa ramai orang Sabah dan juga Sarawak mempunyai ahli keluarga yang berbeza agama…

“Malah, kerajaan perpaduan semasa di bawah Datuk Seri Anwar Ibrahim terbaik dalam mewakili pembentukan pentadbiran yang merangkumi kepentingan semua rakyat Malaysia, sambil melindungi kedudukan Islam, Bumiputera, Sabah dan Sarawak.

“Sukar untuk GRS atau ramai orang Sabah, untuk menerima apa yang kini dipasarkan sebagai politik Islam,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Katanya, sebagai seorang Muslim beliau bangga dengan agamanya tetapi tidak berpendapat mana-mana pihak boleh mengaku sebagai wakil tulen agama itu.

“Islam adalah agama universal yang inklusif dan menghormati semua kepercayaan dan budaya. Ia adalah agama berbelas kasihan dan berperikemanusiaan yang menghormati hak orang lain termasuk hak minoriti…

“Penduduk Sabah berbilang etnik dan agama telah hidup dalam harmoni selama berabad. Perkahwinan antara adalah perkara biasa. Kita tidak membezakan diri kami mengikut etnik atau agama.

“Kami hanyalah rakyat Sabah yang sederhana yang ingin melindungi warisan budaya dan sosial daripada dicemari dengan nilai bukan Sabahan. Sejujurnya kami fikir kami adalah rakyat Malaysia yang terbaik,” katanya.

Beliau menegaskan bagawa GRS akan menyokong mana-mana pemimpin atau gabungan yang komited untuk memelihara cara hidup Malaysia yang mempunyai tempat untuk semua orang.

“Itulah sebabnya kami sepenuh hati berada di belakang Perdana Menteri ke-10 Dato Seri Anwar Ibrahim,” jelasnya.