Perniagaan McDonald’s Malaysia Terjejas Teruk Kerana Prasangka

Perniagaan McDonald’s Malaysia Terjejas Teruk Kerana Prasangka

0
SHARE
Mcd
Abdulrahman (kiri) dan Azmir (kanan) pada sidang media

PETALING JAYA, SELANGOR – Pendapatan syarikat Reza Food Services Co Ltd (RFS) yang memiliki rangkaian francais McDonald’s Malaysia merosot selepas restoran itu diboikot.

Pengurus Besar dan Pemegang Lesen Pembangunan RFS, Abdulrahman Alireza, menyifatkan tuduhan sesetengah pihak bahawa mereka membayar royalti kepada McDonald’s Corporation untuk menindas rakyat Palestin sebagai suatu fitnah besar.

Beliau yang juga Pengurus Besar dan Pemegang Lesen Pembangunan RFS, berkata tindakan masyarakat yang berpersepsi salah itu turut memberi kesan kepada para pekerja yang majoritinya merupakan orang Islam.

Dalam sidang media di Mutiara Damansara, di sini, baru-baru ini, Abdulrahman berkata tuduhan-bahawa kononnya McDonald’s Malaysa menyokong Israel adalah tidak benar.

Selain itu, katanya, McDonald’s Malaysia juga dilempar tuduhan membayar royalti kepada McDonald’s Corporation untuk sistem latihan sokongan dan kos operasi yang mereka telah keluarkan.

“Kos operasi tersebut termasuklah hak perniagaan dan penyelidikan McDonald’s selain sistem teknologi aplikasi.

“Banyak kos dibelanjakan untuk membangunkan perniagaan dan itulah tujuan royalti tersebut dibayar. Segala pendapatan keuntungan syarikat juga diaudit untuk tujuan maklumat awam,” katanya.

Abdulrahman hadir ke Malaysia dari Arab Saudi bagi menjelaskan pihaknya tidak berhasrat untuk menjenamakan semula lebih 350 rangkaian restoran francaisnya di Malaysia susulan daripada perang yang sedang berlangsung di Timur Tengah.

Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar dalam pada tu berkata jam bekerja pekerja Mcdonald’s Malaysa terpaksa dikurangkan sejak Oktober.

“Hakikatnya, yang menderita ialah 21,000 orang pekerja yang merupakan orang tempatan mencari rezeki untuk menanggung keluarga mereka.

“Paling terkesan ialah ada pekerja kami mahu berhenti kerja disebabkan tekanan daripada komuniti dan keluarga yang tidak faham akan perkara sebenar.

“Selain RM1 juta telah disumbangkan untuk membantu rakyat Palestin, McDonald’s Malaysia telah beroperasi sejak 1982 itu turut terlibat dalam banyak program tanggungjawab sosial melibatkan pihak kerajaan, komuniti, swasta, kanak-kanak, warga emas dan juga Orang Kurang Upaya (OKU),” katanya.