Borneo Rock Festival 2023 Bakal Gegarkan Kota Kinabalu Disember Ini

Borneo Rock Festival 2023 Bakal Gegarkan Kota Kinabalu Disember Ini

0
SHARE
Borneo rock
Poster promosi Borneo Rock Festival 2023 ( Sumber Foto: Ihsan Imika_culture )

KOTA KINABALU, SABAH – Borneo Rock Festival 2023 bakal menggegarkan Stadium Likas dengan penampilan 30 band terkenal pada 30 Disember ini anjuran Imika_culture

Mengangkat tema budaya popular dan kontemporari, ada banyak perkara yang mengujakan dalam Borneo Rock Festival 2023.

Penganjur Imika_culture, Datuk Abdul Rahim dari Imika_culture berkata pihaknya sangat berbesar hati untuk merangkumkan antara seni dan budaya lalu membawa tema budaya popular dan kontemporari dalam penganjuran Borneo Rock Festival 2023.

“Kami mahu Borneo Rock Festival bukan hanya menjadi pesta yang dianjurkan dan mudah dilupakan tetapi mahu menjadi tanda aras terhadap penganjuran festival yang bukan hanya meletakkan hiburan semata-mata tapi perlu memberi ilmu juga tentang seni dan budaya masyarakat setempat.

“Harapan kami agar Borneo Rock Festival 2023 mencapai matlamat sekaligus boleh diteruskan penganjurannya pada masa akan datang sebagai medium buat generasi masa kini menikmati hiburan berkelas,” katanya.

Antara band yang terlibat adalah Search, Wings, A.C.A.B, Hujan, Butterfingers yang menjadi tarikan utama festival itu.

Tempahan tiket boleh mula dibuat dan antara tiket yang disediakan seperti General (Early Bird – RM79), (Normal – RM99), Rock Zone (Early Bird – RM99), (Normal – RM129) serta RM300 untuk Grandstand.

Dapatkan segera tiket menerusi www.ilassotickets.com atau hubungi talian hotline +6011 1329 7822.