KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor bertemu dengan Menteri Pertanian dan Keselamatan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini hari ini.
Antara isu yang dibincangkan semasa kunjungan hormat pertama Menteri itu kepada Hajiji sejak menjadi anggota kabinet Kerajaan Perpaduan Persekutuan ialah pertanian, termasuk komoditi kelapa sawit, dan jaminan makanan.
Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu Datuk Bacho Jansie turut hadir dalam pertemuan itu.





