SEC METERAI PELBAGAI PERJANJIAN PENJUALAN GAS ASLI DENGAN PELABUR UTAMA – KM...

SEC METERAI PELBAGAI PERJANJIAN PENJUALAN GAS ASLI DENGAN PELABUR UTAMA – KM HAJIJI

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Pembekal dan pengangkut gas asli domestik terbesar Sabah, Sabah Energy Corporation Sdn Bhd (SEC) telah menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas Asli (GSA) dan Perjanjian Ketua (HOA) dengan pelabur utama di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, dengan penandatanganan ini, SEC kini memainkan peranan penting dalam menyokong pertumbuhan industri dan pembangunan ekonomi di Sabah.

Hajiji gembira melihat usaha kerajaan negeri untuk memainkan peranan utama dalam industri gas melalui syarikat milik penuhnya, SEC, yang kini membuahkan hasil berikutan pemeteraian perjanjian dengan Petronas pada Oktober tahun lepas.

Ianya telah memberikan SEC kontrak aset saluran paip hiliran dan pembekalan gas asli disamping SEC dijangka mengambil alih saluran paip gas hiliran daripada Petronas mulai 1 April tahun ini.

“Ini merupakan petanda baik untuk pertumbuhan ekonomi negeri selaras dengan aspirasi kerajaan negeri yang diterajui GRS di bawah inisiatif Sabah Maju Jaya,” katanya dalam kenyataan media selepas majlis menandatangani GSA dan HoA di Menara Kinabalu dekat sini hari ini.

SEC menandatangani perjanjian GSA bagi pemprosesan pasir silika dan projek pembuatan panel solar bernilai RM2 bilion yang dijangka bakal mewujudkan sebanyak 1,800 peluang pekerjaan untuk rakyat Sabah.

Bagi perjanjian GSA ditandatangani diantara SEC dan SK Nexilis membabitkan fasiliti pembuatan kerajang tembaga dengan nilai pelaburan berjumlah RM4.2 bilion yang dijangka bakal mewujudkan sebanyak 500 peluang pekerjaan.

Sementara itu, perjanjian HOA ditandatangani diantara SEC dan anak syarikat Petronas Gas Berhad, Regas Terminal (Lahad Datu) Sdn Bhd (RGTLD) untuk pembekalan gas asli.