Sabah Harap Dapat Jalin Kerjasama Lebih Erat Dengan Amerika Syarikat

Sabah Harap Dapat Jalin Kerjasama Lebih Erat Dengan Amerika Syarikat

0
SHARE
Masidi
Madidi menyampaikan cendera kenangan kepada Susan ( Sumber Foto: Ihsan Kementerian Kewangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun menerima kunjungan hormat Kedutaan Amerika Syarikat (AS) diketuai oleh Kaunselor Ekonomi Susan Riggs di Menara Kinabalu, di sini, Selasa lepas.

Semasa mesyuarat itu, Masidi berkongsi pandangan tentang ekonomi, politik dan perkembangan sosial semasa Sabah serta rancangan kerajaan negeri.

“Saya gembira Sabah mengekalkan hubungan kerja dan sosial yang baik dengan Amerika Syarikat.

“Saya mengalu-alukan delegasi dari Kedutaan Amerika Syarikat dengan harapan agar lebih banyak peluang perniagaan dan ekonomi Amerika – Sabah menjadi kenyataan dalam masa terdekat,” katanya.

Isu dan topik lain yang dibincangkan semasa mesyuarat itu termasuk industri pelancongan Sabah, perkembangan masa depan, pengeluaran dan bekalan tenaga, keselamatan makanan, industri minyak dan gas, komunikasi digital, industri pembuatan dan perkara yang melibatkan kepentingan awam.

Turut hadir, Pegawai Ekonomi Kedutaan Amerika Syarikat, Michael Marcous, pakat ekonomi, Sharon Tan dan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Sofian Alfian Nair.