Mayat Warga China Dikhuatiri Hilang Di Laut Ditemui Terapung

Mayat Warga China Dikhuatiri Hilang Di Laut Ditemui Terapung

0
SHARE
Lemas
Keadaan mayat mangsa apabila ditemui pihak Bomba ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

SEMPORNA, SABAH – Percutian seorang lelaki warganegara China menjadi yang terakhir baginya selepas ditemukan mati dalam keadaan terapung di Perairan Resort Pavalintang, Pulau Bum-Bum, sini, pagi tadi.

Penemuan Lin Jun Yong, 25, dalam keadaan terapung pada pukul 10.28 itu dua jam selepas panggilan kecemasan dibuat.

Bilik Kawalan Balai Bomba dan Penyelamat BBP Air Semporna merima panggilan daripada pihak Polis berhubung insiden.

“Terdapat seorang mangsa dikhuatiri hilang di laut semasa menjalankan aktiviti snorkeling,” kata seorang jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba.

Menurutnya, pasukan bomba menjalankan misi pencarian dengan kaedah pencarian atas permukaan air.

“Mangsa berjaya dijumpai oleh pasukan bomba di kawasan mangsa dilaporkan hilang.

“Mangsa seterusnya dibawa ke Dataran Marin, Semporna dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya, sambil menambah operasi ditamatkan pada jam 10.50 pagi.