Dua Rakan Sejenayah Hanya Mampu Berdiam Apabila Ditahan Polis Kerana Membawa Dadah

Dua Rakan Sejenayah Hanya Mampu Berdiam Apabila Ditahan Polis Kerana Membawa Dadah

0
SHARE

TUARAN, SABAH – DUA (2) rakan sejenayah hanya mampu berdiam semasa cuba menyeludup 62.61 gram dadah disyaki jenis syabu melalui Sekatan Jalan Raya di KM 25 Jalan Kota Kinabalu – Tuaran pada Khamis.

Bertindak atas maklumat pengedaran dadah, anggota polis bahagian narkotik Tuaran menghampiri Proton Saga berwarna merah dan mencabut kunci dari kereta terbabit.

Ketua polis daerah, DSP Mohd Hamizi Halim berkata apabila ditahan kedua lelaki tersebut dalam keadaan menggelabah.

“Anggota di tempat kejadian kemudian membacakan kata-kata amaran di bawah Sek.37B (1)(B) Akta Dadah Bersalah 1952 dan menanya suspek jika ada menyimpan atau menyembunyikan apa-apa barang salah di dalam kereta tersebut…

“Namun kedua-dua suspek lelaki berumur 30 dan 49 tahun itu hanya berdiam diri,” katanya.

Kedua suspek diarahkan keluar dan hasil pemeriksaan didalam kereta menjumpai dua (2) peket plastik lutsinar yang berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah syabu di bawah lapik kaki penumpang hadapan.

“Barang kes dan kereta terbabit turut dirampas bagi tindakan lanjut manakala hasil dari saringan ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek positif…

“Hasil semakan rekod kesalahan lampau mendapati kedua-dua suspek mempunyai lapan dan tiga rekod lampau berkaitan dadah,” Hamizi berkata.

Menurut beliau, bekalan dadah syabu yang dirampas dianggarkan bernilai RM6,261 yang boleh membekalkan lebih 310 penagih.

Kedua-dua suspek juga dikompaun kerana melakukan kesalahan gagal menunjukkan sebarang dokumen rentas daerah yang dibenarkan mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 mengikut Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit.