BWPC Rayu Kerajaan Negeri Benarkan Perkhidmatan Fotografi, Videografi Beroperasi Semula

BWPC Rayu Kerajaan Negeri Benarkan Perkhidmatan Fotografi, Videografi Beroperasi Semula

0
SHARE
Fairuz (tiga dari kanan) menerima surat rayuan daripada Pengerusi Persatuan Borneo Wedding Photographer & Videographer Community (BWPC) Mohd. Danial Ramadhan...

KOTA KINABALU, SABAH – Persatuan Jurugambar Perkahwinan Borneo (BWPC) merayu Kerajaan negeri membenarkan pengusaha perkhidmatan fotografi dan videografi yang mengkhususkan kepada majlis perkahwinan dan sektor korporat untuk beroperasi semula.

Hal ini dikemukakan dalam sebuah kunjungan hormat rombongan BWPC ke pejabat Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Negeri, Fairuz Renddan di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS).

Pengerusi Persatuan BWPC, Mohd. Danial Ramadhan mengetuai rombongan tersebut pada Jumaat.

Fairuz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan berkata beliau akan membawa permohonan dan rayuan daripada BWPC kepada pengetahuan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan pihak berwajib.

Menurutnya, banyak sektor ekonomi dan perkhidmatan masih belum dibenarkan beroperasi sehingga kita mencapai imuniti kelompok.

“Kerajaan kini berusaha meningkatkan pengurusan dalam mengendalikan suntikan vaksin kepada orang ramai termasuk di kawasan luar bandar Sabah…

“Dengan vaksinasi dilaksanakan secepat mungkin maka imuniti kelompok dapat dicapai dengan lebih cepat.

“Imuniti kelompok dapat membantu mengekang penularan koronavirus maut ini,” tegasnya.