KOTA KINABALU, SABAH – Juruukur di Sabah digesa untuk lebih mengutamakan integrasi data digital dalam membuat keputusan berkaitan bidang berkenaan.
Selain itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong turut berharap para juruukur di negeri ini terus mengukuhkan kerjasama dengan kerajaan negeri dalam meningkatkan profesion tersebut.
“Para surveyor ini harus lebih mengutamakan kepada digital data, integration of digital data dan membolehkan mereka membuat keputusan berdasarkan data so it’s a data driven.
“Saya mengharapkan collaboration di antara kerajaan dan profesion jurukur yang terdiri daripada daripada empat surveyor, building surveyor, land surveyor, quantity surveyor dan property surveyor ini kukuh bersatu bersama-sama dalam meningkatkan profesion ini,” ujarnya kepada media dalam Majlis Makan Malam Profesion Juruukur Kali Ke-39.
Menurut beliau, jamuan makan malam tahunan yang digabung dengan kongres juruukur itu bertujuan memberi ruang kepada para juruukur untuk menambah ilmu baharu sambil bertukar pandangan terhadap teknologi serta peralatan baharu dalam profesion masing-masing. — JABATAN PENERANGAN SABAH






