Atlet Berbasikal Dinobat Olahragawan, Olahragawati SAGA X

Atlet Berbasikal Dinobat Olahragawan, Olahragawati SAGA X

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Dua atlet sukan berbasikal, Akmal Thaqif Begurdy dan Drevionna Magdelynna Davin dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Sukan Sabah Edisi Ke-10 (SAGA X).

Masing-masing menerima RM1,000 bersama trofi yang disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin pada Majlis Penutupan SAGA X di Stadium Universiti Malaysia Sabah, pada Jumaat.

Akmal dari Tawau dipilih sebagai olahragawan selepas mendapat dua pingat emas iaitu menerusi acara ujian masa 1000m lelaki dan acara 200 meter pecut.

Manakala Drevionna yang mewakili Ranau memenangi dua emas menerusi acara 200m pecut wanita, 500 meter ujian masa dan satu perak menerusi acara wanita berbasikal jarak 12 kilometer.

Kontinjen Kota Kinabalu turut diumumkan sebagai juara keseluruhan SAGA X dengan pungutan 87 pingat iaitu 32 emas, 25 perak dan 30 gangsa.

Tempat kedua dimiliki oleh kontinjen Keningau dengan 18 emas, 15 perak dan 25 gangsa sementara Sandakan di tangga ketiga dengan 15 emas, 10 perak dan 21 gangsa. — JABATAN PENERANGAN SABAH