Bomba Bantu Angkat Mayat Warga Emas Dari Sungai Eco Balung

Bomba Bantu Angkat Mayat Warga Emas Dari Sungai Eco Balung

0
SHARE
Bomba
Pasukan Bomba Tawau mengangkat mayat Awing keluar ke laluan utama ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

TAWAU, SABAH – Pasukan bomba daerah ini bertindak membantu mengangkat mayat seorang warga emas yang lemas di Sungai Eco Balung sini pada Rabu lepas.

Mangsa dikenal pasti sebagai Awing Masakiran berusia 84 tahun.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, panggilan kecemasan 6.23 petang berkenaan dibuat petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas mengalami kesukaran mengambil mangsa.

Seramai tujuh anggota dan pegawai digerakkan ke lokasi berjarak kira-kira 35 kilometer.

“Pasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tawau menggunakan kenderaan pacuan empat roda Toyota Vigo ke lokasi.

“Seterusnya, perjalanan disambung dengan berjalan kaki sejauh 10 kilometer (KM) ke tempat mangsa kerana tiada laluan kenderaan untuk ke lokasi kejadian.

“Mangsa berjaya dibawa keluar oleh pasukan bomba dan seterusnya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” kata seorang jurucakap bagi agensi.

Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan (KKM) dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.