Remaja Terjatuh Sungai Di Kampung Inobong Ditemui Lemas

Remaja Terjatuh Sungai Di Kampung Inobong Ditemui Lemas

0
SHARE
Bomba
Anggota Bomba dan Polis mengangkat mayat mangsa ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

PENAMPANG, SABAH – Pasukan bomba hari ini berjaya menemui mayat remaja lelaki berusia 13 tahun yang dikhuatiri lemas petang semalam.

Ashley Preston Hartley ditemui 1.3km dari jarak dilaporkan jatuh di Kampung Inobong pada pukul 7.51 pagi tadi.

Difahamkan, mangsa terjatuh ke dalam sungai semasa bermain di tepi sungai bersama empat orang rakan yang lain kira-kira pukul 6 petang, Selasa.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, operasi mencari dan menyelamat yang ditangguh pada pukul 12.30 pagi disambung semula pada pukul 6 pagi hari ini.

“Operasi dijalankan di sepanjang sungai menggunakan bot dan teknik menyusuri tebing sungai berjalan kaki oleh anggota penyelamat.

“Mangsa berjaya ditemui oleh pasukan bomba dan seterusnya dibawa ke Pusat Kawalan Bomba (PKB) dan diserahnya kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Operasi melibatkan 11 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Penampang.