KOTA KINABALU, SABAH – Aplikasi MyJANS (Jabatan Air Negeri Sabah) yang membolehkan orang ramai mendapatkan kemas kini pengebilan dan juga membuat aduan yang dijamin akan dijawab dalam masa 30 minit telah dilancarkan pada Khamis.
Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Shahelmey Yahya berkata ianya sebagai sebahagian daripada dasar pelanggan baharu JANS dan juga usaha pendigitalan kerajaan negeri untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik.
Walau bagaimanapun, aplikasi MyJANS buat masa ini hanya tersedia untuk telefon Android.
Shahelmey menegaskan bahawa orang ramai harus bekerjasama dan tidak menyalahgunakan aplikasi tersebut dengan membuat laporan tidak berasas bagi mengelak pembaziran sumber tenaga kerja.
“Terdapat pasukan khusus di ibu pejabat Jabatan Air Sabah dan di setiap daerah dengan talian dibuka 24 jam sehari.
“Terdapat 2000 pengguna berdaftar pada masa in manakala terdapat lebih setengah juta pelanggan JANS yang berdaftar di seluruh Sabah,” jelasnya pada majlis pelancaran di Hilton.






