UMS Juga Perlu Proaktif Dalam Mengawal Tekanan Bekalan Air – Shahelmey

UMS Juga Perlu Proaktif Dalam Mengawal Tekanan Bekalan Air – Shahelmey

0
SHARE
Shahelmey
Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmey Yahya ketika ditemui media

KOTA KINABALU, SABAH – Pengurusan Universiti Malaysia Sabah (UMS) perlu proaktif dalam mengawal tekanan air di sekitar kampus berbukit terbabit.

Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Shahelmey Yahya berkata, menangani masalah bekalan air harus menjadi usaha bersama antara institut berkenaan dan kerajaan negeri.

“Penyelesaian jangka pendek Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) bagi UMS selain menghantar lori tangki air setiap hari adalah kerjasama daripada pasukan teknikal UMS untuk mengawal tekanan air di sekitar kampus,” katanya.

Pada Isnin lalu, pelajar UMS menyambut kehadiran Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dengan laungan “kami belum mandi” bersama sepanduk dalam sebuah demonstrasi.

Shahelmey mengulangi bahawa kelewatan pelaksanaan beberapa projek atas sebab-sebab tertentu iaitu Empangan Papar dan beberapa loji rawatan yang baru sekarang dalam pembinaan telah membantutkan kemajuan bekalan air khususnya di bahagian utara bandaraya ini.

Sabah dahagakan 1600 juta liter sehari (mL/d) tetapi buat masa ini hanya 1400 mld mampu dibekalkan.

Bagaimanapun, Shahelmey berkata kajian mengenai Empangan Papar yang menemui kontroversi oleh kerajaan-kerajaan lalu telah berakhir dan kini dalam peringkat kewangan.

Katanya ia bakal menjadi antara penyelesaian kepada penghalang pembangunan di Sabah.

“Ini adalah tambahan kepada Empangan Tenaga Hidro Ulu Padas yang telah diadakan pada Disember tahun lalu.

“Pembinaan Loji Rawatan Fasa 2 Kogopon di Papar adalah mengikut jadual dengan anggaran tarikh siap pada 2026. Ini akan menyelesaikan masalah air di kawasan itu termasuk Selatan Kota Kinabalu.

“Loji Telibong Fasa 2 telah mula menghasilkan air tetapi isu rangkaian paip telah mengurangkan pengeluaran 80 mld kepada hanya separuh untuk Kota Kinabalu Utara. Jumlah yang dijangkakan akan dipenuhi secara berperingkat.

“Kita masih berdepan dengan penyambungan paip haram yang berleluasa di Sepanggar. Hal ini memerlukan usaha gabungan daripada agensi lain untuk menanganinya.

“Vandalisme kepada ‘switch valve’ satu lagi masalah. Akan sentiasa ada sahaja orang yang mahu membuat kacau,” katanya.

Beliau ditemui selepas melancarkan aplikasi mudah alih MyJANS (Jabatan Air Sabah) di Hilton pada Khamis.

“Bagi Pulau Sebatik di Tawau, dua ADUN dan Ahli Parlimen Kalabakan telah menghubungi saya. Rancangan untuk mendalamkan empangan sedia ada telah dipercepatkan.

“Kerajaan negeri berharap dapat membuat keputusan-keputusan besar melibatkan hala tuju bekalan air Sabah untuk tahun ini,” kata Shahelmey.