
ROMPIN, PAHANG – Calon Perikatan Nasional (PN) di DUN Tioman bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Md Yunus Ramli, meninggal dunia awal pagi tadi.
Md Yunus, 61, dipercayai meninggal dunia pada jam 3.30 pagi akibat komplikasi jantung ketika menerima rawatan di Hospital Rompin.
Untuk rekod, Allahyarham pernah bertanding di kerusi yang sama pada PRU14 yang lalu atas tiket PAS.
Allahyarham juga merupakan Ketua PAS Cawangan Sungai Puteri dan Pengarah 2 Jawatankuasa Pilihan Raya Kecil DUN Tioman.