Pemandu Ford Ranger Parah Terjatuh Gaung

Pemandu Ford Ranger Parah Terjatuh Gaung

0
SHARE

TAMBUNAN, SABAH – Pemandu sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger parah apabila hilang kawalan dan terjatuh ke dalam gaung sedalam 15 meter di Jalan Kg. Makatip sini petang tadi.

Pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan mangsa lelaki berumur 37 tahun dari kenderaan tersebut dalam insiden kira-kira 3.40 itu…

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah melaporkan Javier Leo Jaikol diusung menggunakan ‘junkin stretcher’ lalu diberikan rawatan awal oleh anggota EMRS.

“Beliau seterusnya diserahkan kepada pihak Ambulan untuk dibawa ke Hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya sambil menambah operasi tamat pada jam 4.17 petang.