COVID-19: Ranau Kembali Zon Merah 

COVID-19: Ranau Kembali Zon Merah 

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah jangkitan baharu hari ini ialah 159 KES berbanding 167 semalam.

Menurut jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun, penyusutan sebanyak 8 kes itu berpunca daripada jumlah ujian sampel yang berkurangan.

“Jumlah sampel hari ini ialah 1,658 berbanding 1,840 semalam…

“Kadar positiviti pula ialah 9.65 peratus, tinggi sedikit daripada 9.40 peratus kelmarin,” katanya dalam rumusan harian kes.

Lima (5) daerah merekodkan jangkitan baharu dua angka termasuk Ranau dan Tawau yang sebelum ini hanya mencatat satu angka.

Ranau kembali ke zon Merah setelah merekodkan 10 kes (+7), dan Tawau juga mencatat jumlah jangkitan baharu yang sama (+1).

Kota Kinabalu mencatat jangkitan tertinggi di Sabah dengan 77 kes (-4), diikuti oleh Penampang dengan 15 kes (+12) dan Tuaran 14 kes (-1). Sandakan yang tidak mencatat sebarang jangkitan baharu kelmarin merekodkan 7 kes baharu.

“Tenom, Kunak, Pitas dan Kalabakan juga terkeluar daripada daerah-daerah kes sifar dengan jangkitan baharu.

“Sembilan (9) daerah tidak mencatat sebarang jangkitan baharu termasuk Putatan yang merekodkan 21 kes semalam. 

“Beaufort, Kuala Penyu dan Sipitang juga kembali ‘bersih’ daripada jangkitan baharu,” tambah beliau.

Terdapat tiga (3) kes dalam Kategori 4 dan satu (1) kes dalam Kategori 5 hari ini.

Berikut merupakan pecahan kes mengikut daerah di mana angka dalam kurungan adalah jumlah kelmarin.

Kota Kinabalu 77 (81)

Penampang 15 (3)

Tuaran 14 (15)

Ranau 10 (3)

Tawau 10 (9)

Sandakan 7 (0)

Kudat 4 (4)

Keningau 3 (7)

Papar 3 (5)

Tenom 3 (0)

Kota Marudu 2 (1)

Kunak 2 (0)

Lahad Datu 2 (6)

Pitas 2 (0)

Semporna 2 (1)

Kalabakan 1 (0)

Kinabatangan 1 (2)

Kota Belud 1 (4)

Beaufort 0 (1)

Beluran 0 (0)

Kuala Penyu 0 (3)

Nabawan 0 (0)

Putatan 0 (21)

Sipitang 0 (1)

Tambunan 0 (0)

Telupid 0 (0)

Tongod 0 (0)