Manchester United Harap Rangnick Bawa Masuk Haaland Ke Old Trafford

Manchester United Harap Rangnick Bawa Masuk Haaland Ke Old Trafford

0
SHARE
Erling Haaland...(Sumber Foto: VAV)

LONDON – Manchester United penyerang sensasi ketika ini iaitu Erling Haaland dapat di bawa masuk ke Old Trafford susulan hubungan baik Pengurus Interim United Ralf Rangnick dengan dengan penyerang berkenaan.

Bintang Borussia Dortmund dan Norway itu kini menjadi sasaran beberapa kelab gergasi Eropah, termasuk Manchester City, Liverpool, Chelsea dan Real Madrid.

City mempunyai kelebihan memandangkan bapa Haaland, Alfie pernah bermain di sana manakala Real mula sudah memulakan proses rundingan.

Namun pengendali sementara baharu United, Rangnick terbabit dalam perpindahan Haaland dari Molde ke Salzburg dua tahun lalu ketika dia menjadi pengarah bola sepak untuk kelab Austria itu.

Ralf Rangnick…

United percaya hubungan itu akan membantu mereka mendapatkan aset berharga Eropah itu menjelang musim panas tahun depan di mana dia mempunyai klausa pelepasan 64 juta pound (RM362.04 juta).

Perpindahan Haaland ke Salzburg melonjak nama pemain 21 tahun itu dan setahun kemudian dia disambar Dortmund.

United sebelum ini mengharapkan bekas pengendali, Ole Gunnar Solskjaer mampu menjadi faktor dalam rundingan mendapatkan Haaland, memandangkan dia yang membuka peluang buatnya di Molde.