KOTA KINABALU, SABAH – Kepakaran pasukan Bomba bantu lepaskan tangan kanak-kanak perempuan tersepit di tangga bergerak eskalator Servay di Plaza Juta Likas semalam.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah menerima panggilan kecemasan MERS999 berhubung insiden pada 7.50 malam.
“Tindakan pasukan bomba menjalankan kerja-kerja mengeluarkan tangan kanak-kanak yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas
(L-Key).
“Mangsa cedera di bahagian tangan,” kata seorang jurucakap agensi.
Katanya, setibanya sepasukan 10 anggota ke lokasi dalam masa tiga minit, mangsa diberikan rawatan awal oleh Pasukan EMRS Bomba dan mengejarkan mangsa ke Hospital Queen 2.
Operasi kemudian tamat pada pukul 8.10 malam.






