KOTA KINABALU, SABAH – UMNO melalui Datuk Seri Zahid Hamidi dikhabarkan sedang cuba memujuk kepimpinan tertinggi PKR dan DAP untuk bergabung bagi menentang Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN-17).
Menurut sumber ahli UMNO yang enggan namanya disebut berkata, Bung Moktar ketika ini dikatakan telah merancang untuk menggabungkan beberapa parti untuk menentang GRS diantaranya UMNO, PH, WARISAN dan KDM.
Salah satu strategi untuk menjayakan rancangan ini UMNO melalui Barisan Nasional (BN) akan mengadakan perhimpunan Barisan Nasional Sabah di Sandakan pada 21 Julai 2024 yang turut dihadiri oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Shafie Apdal termasuk Peter Anthony dijangka turur hadir pada perhimpunan BN ini.
Dalam pada itu ketika dihubungi penganalisis politik Cintanusa Resources Baharuddin Palembang berkata, rancangan untuk menggabungkan kedua-dua komponen Parti BN dan PH untuk menentang GRS pada PRN-17 Sabah bukan satu perkara yang mudah dilaksanakan.
“Gabungan PH Sabah yang diwakili oleh PKR, DAP, UPKO dan AMANAH sudah tentu akan menolak cadangan ini walaupun Datuk Seri Anwar bersetuju agar kedua komponen parti ini bergabung”.

Menurut Baharuddin, beliau menjangkakan pendirian PH akan kekal menyokong GRS pada masa ini dan menolak untuk berkerjasamasa dengan UMNO, WARISAN dan KDM sehingga Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan.
“Harus diingat apabila UMNO termasuk WARISAN dan KDM melancarkan kudeta menggulingkan Hajiji tempoh hari, tetapi PH Sabah sebaliknya telah menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Ketua Menteri Sabah dan turut percaya sokongan itu akan berterusan sehingga PRN-17 yang akan datang,” jelas beliau.
Ketika ditanya peluang BN, WARISAN dan KDM pada PRN-17 Baharuddin berkata “rancangan mahu menumbangkan GRS bukan satu perkara yang mudah”.
“UMNO di semenanjung Malaysia telah ditolak sepenuhnya oleh pengundi dan WARISAN juga turut menerima nasib yang serupa pada PRU-15,” kata Baharuddin lagi.
Persoalannya adakah UMNO masih releven di Sabah, Baharuddin berkata beliau percaya UMNO juga akan ditolak sepenuhnya oleh pengundi di Sabah.
Manakala WARISAN pula umum mengetahui pada PRU-15 yang lalu, parti itu hanya menang 3 kerusi sahaja. Justeru beliau turut percaya sentimen penolakan rakyat dijangka akan turut kekal sehingga PRN-17 Sabah.

“Dapatan kajian oleh badan bebas juga menunjukkan apabila diajukan soalan kepada rakyat Sabah siapa Ketua Menteri pilihan mereka menerusi 3 nama iaitu Datuk Seri Hajiji, Bung Moktar dan Shafie Apdal, peratusan tertinggi masih berpihak kepada Hajiji…





