
KINABATANGAN, SABAH – Seorang lelaki orang kurang upaya yang dilaporkan hilang ditemui meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari pencawang elektrik di Kampung Lot M, Kota Kinabatangan, sini.
Penemuan 10:52 pagi itu tadi dibuat orang awam pada jarak sekitar 350 meter dari lokasi rumah mangsa.
Mangsa, Khairil Anuar Mustapa, 32, terdahulu dilaporkan hilang pada Sabtu ketika dalam perjalanan ke kedai neneknya pada kira-kira 11.30 pagi.
Laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata Khairil disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Pegawai Polis yang mengambil alih kes untuk tindakan selanjutnya.
Operasi mencari dan menyelamat dijalankan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan yang diaktifkan pukul tujuh pagi tadi ditamatkan pada pukul 11 pagi selepas penemuan berkenaan.





