
KOTA KINABALU, SABAH – Pemandu sebuah Proton Saga maut selepas bertembung dengan sebuah Perodua Viva di lampu isyarat sebelum jejambat (flyover) di Tanjung Aru, sini, pada Ahad.
Mangsa kejadian pukul tujuh malam itu dikenal pasti sebagai Armada Said berusia 56 tahun dan beralamat di Skim Penempatan Kinarut, Papar.
Manakala pemandu Viva, Shahfiq Zulkiflie yang bekerja sebagai seorang tukang cuci kereta di Tanjung Aru, mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital oleh orang awam.
Difahamkan, Viva yang dipandu lelaki berusia 26 tahun itu dalam perjalanan pulang ke Putatan dari Tanjung Aru dan itu Saga pula dikatakan menuju ke Tanjung Aru dari Sembulan.
Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, seorang lagi penumpang lelaki dalam Saga, Rosko Ideong turut cedera dan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth menggunakan jentera EMRS.
Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan diserahkan kepada pihak polis untik tindakan lanjut.





