Tumbuk Ibu Hingga Mati, Simpan Mayat Dalam Peti Sejuk Selama Tiga Tahun

Tumbuk Ibu Hingga Mati, Simpan Mayat Dalam Peti Sejuk Selama Tiga Tahun

0
SHARE
Peti sejuk
Peti sejuk yang dipercayai digunakan suspek untuk menyembunyikan mayat ibunya

KUALA LUMPUR – Kehabisan wang dan menghidap penyakit kronik menjadi alasan seorang anak untuk menumbuk ibunya berusia 80an sehingga mati.

Lebih keji apabila suspek berusia 53 tahun itu menyembunyikan mayat ibunya di dalam sebuah peti sejuk ketika datang melawatnya tiga tahun yang lalu.

Hasil soal siasat pihak polis mendedahkan anak derhaka itu membuat demikian untuk “menghantarnya ke syurga” selepas tercetus pergaduhan mengenai kepercayaan agama.

Ianya dilaporkan bahawa mangsa ditumbuk hingga mati sebelum mayatnya dibalut dengan tuala dan kain plastik serta disumbat ke dalam peti sejuk.

Mayat wanita itu ditemui selepas suspek memanggil perkhidmatan kecemasan MERS999 selepas menghadapi masalah kesihatan pada Selasa.

Memetik The Straits Times, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.