KOTA MARUDU: Ketua Wanita GRS, Datuk Azizah Mohd Dun menggesa jentera wanita parti di seluruh Sabah bersiap siaga menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN-17), dengan memperkukuh gerak kerja akar umbi dan semangat setiakawan.
“PRN bukan sekadar soal menang kerusi, tapi mempertahankan maruah dan masa depan rakyat Sabah,” tegasnya semasa Pelancaran G10 DUN Bandau, baru-baru ini.
Beliau turut mengingatkan agar ahli parti tidak leka dan memastikan Sabah kekal stabil di bawah kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor.
“Rumah kita, kita jaga. Jangan sampai pihak luar menceroboh,” katanya.
Azizah menekankan pentingnya kesetiaan kepada pemimpin dan perpaduan dalam kalangan ahli.
“Kita tidak akan menang jika bergerak secara individu. Kita mesti bersatu dan saling menghormati. Inilah kekuatan sebenar kita,” katanya.
Sementara itu, Ketua Wanita Gagasan Rakyat Sabah, Datuk Redonah Bahanda turut menyeru agar jentera G10 Wanita terus diperkukuh dan tidak terpengaruh dengan anasir luar yang cuba menggugat perpaduan.






