PEMIMPIN MASJID MOHON MAAF DAKWA DITELEFON ALLAH UNTUK AWALKAN SYAWAL

PEMIMPIN MASJID MOHON MAAF DAKWA DITELEFON ALLAH UNTUK AWALKAN SYAWAL

0
SHARE
Tangkap layar pada video tular pengisytiharan Hari Raya Aidilfitri awal dibuat oleh pemimpin masjid, Raden Ibnu Hajar Pranolo (Mbah Benu)...

YOGYAKARTA, INDONESIA – Jemaah Masjid Aolia di daerah Panggang, Gunungkidul, sini, telah melaksanakan solat Aidilfitri 1 Syawal pada Jumaat, lima hari lebih awal dari lebaran umat Islam lain yang menjangkakan tarikh mulia itu jatuh pada Rabu ini (10 April).

Ia selepas pengisytiharan dibuat oleh pemimpin masjid, Raden Ibnu Hajar Pranolo, lebih dikenali sebagai Mbah Benu, dan sambutan perayaan lebih awal yang tular.

Dalam satu video, Mbah Benu mendakwa bahawa beliau telah menerima panggilan terus daripada Allah SWT yang membenarkan umat masjid itu menyambut Syawal dengan istimewa.

“Saya tidak pakai perhitungan, saya telefon langsung kepada Allah Ta’ala. Ya Allah, kelmarin tanggal 4 April, malam 4, ya Allah ini sudah 29 Ramadan, 1 Syawalnya bila?

“Allah Ta’ala berkata Jumaat, tanggal 5,” katanya dalam sebuah video kontroversi yang tular.

Walau bagaimanapun, memetik CNNIndonesia, Mbah Benu berkata kenyataan yang dikeluarkan hanya satu istilah.

Namun demikian, dia juga berkata mempunyai hubungan batin dan perjalanan kerohanian tersendiri untuk berhubung dengan Allah SWT.

“Terkait pernyataan saya tentang istilah menelefon Allah SWT itu sebenarnya hanya istilah.

“la sebenarnya adalah perjalanan spiritual saya, hubungan batin dengan Allah SWT.

“Apabila pernyataan saya menyinggung atau tidak elok, saya mohon maaf sebesar-besarnya kepada semua pihak,” kata Mbah Benu dalam satu video terkini.

Ketua Bidang Urusan Agama Islam (Urais) Kantor Wilayah Kemenag Daerah Istimewa Yogkarta, Jauhar Mustofa, berkata jemaah Masjid Aolia memiliki amalan atau tata cara beribadah mirip Nahdlatul Ulama.

“Perbezaannya cuma pada cara penanggalan bulan ramadan dan syawal…

“Cuma dalam hal ini (puasa dan lebaran) mereka berbeza,” kata Jauhar.

“Mereka punya prinsip memulai puasa dan lebaran, juga punya dalil sendiri yang diyakini oleh Pak Ibnu dan para pengikutnya…

“Kita tidak boleh memaksakan aturan yang dipakai pemerintah meskipun tahun ini agak ketara kerana bezanya lima hari.

“Biasanya (awal) satu dua hari dengan Aolia,” tambahnya.