Anggota Polis Bercuti Selamatkan Pendaki Malaysia Pengsan di Gunung Sagara Indonesia

Anggota Polis Bercuti Selamatkan Pendaki Malaysia Pengsan di Gunung Sagara Indonesia

0
SHARE

JAKARTA: Seorang remaja Malaysia berusia 16 tahun diselamatkan selepas rebah akibat hipotermia ketika mendaki Gunung Sagara di wilayah Jawa Barat, Indonesia.

Menurut laporan Bernama, remaja itu dilaporkan pengsan di Pos Empat laluan berhampiran Kampung Sagara sekitar jam 1 tengah hari Sabtu ketika mendaki bersama beberapa rakannya.

Polis Garut berkata mangsa diselamatkan oleh Ketua Unit Jenayah Khas, Inspektor Hadiansyah, yang kebetulan turut mendaki di kawasan berkenaan.

Pegawai polis yang tidak bertugas itu mengendong remaja berkenaan turun ke Pos Satu dalam perjalanan menuruni gunung yang mengambil masa lebih sejam, sebelum mangsa dibawa dengan motosikal ke kem pangkalan.

“Remaja berkenaan menerima rawatan kecemasan dan kembali sedar sebelum dibawa ke pusat kesihatan untuk rawatan lanjut,” kata polis dalam satu kenyataan.

Polis Garut turut mengingatkan para pendaki supaya memastikan keadaan tubuh badan sihat serta kelengkapan mencukupi sebelum melakukan pendakian.