Polis Giat Kesan Lelaki Disyaki Curi Rantai Tangan Emas di Wisma Merdeka

Polis Giat Kesan Lelaki Disyaki Curi Rantai Tangan Emas di Wisma Merdeka

0
SHARE

KOTA KINABALU:Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes kecurian seutas rantai tangan emas bernilai kira-kira RM3,500 di sebuah kedai emas di Wisma Merdeka, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Kasim Muda berkata, insiden itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 3 petang di Kedai Emas Heng Cheng, Tingkat Bawah, Wisma Merdeka.

“Hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek lelaki terbabit berpura-pura sebagai pelanggan sebelum melarikan barangan kemas berkenaan.

“Rakaman CCTV premis berjaya merakam wajah suspek yang masih belum dikenal pasti identitinya. Usaha mengesan individu berkenaan sedang giat dijalankan,” kata polis dalam kenyataan hari ini.

Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Shahrul Tarmizi Shafiee di talian 013-8867917 atau Hotline IPD Kota Kinabalu di 088-529222.

Polis turut menzahirkan penghargaan atas kerjasama orang awam dalam menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan kes tersebut.