MISTERI “DR NUR” DITAHAN TENTERA ZIONIS ISRAEL, WISMA PUTRA MOHON TAMPIL BANTU...

MISTERI “DR NUR” DITAHAN TENTERA ZIONIS ISRAEL, WISMA PUTRA MOHON TAMPIL BANTU SALUR MAKLUMAT

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Misteri kehilangan “Dr Nur”, Wisma Putra menggesa individu serta pemilik akaun Instagram @iesya_toh dan @nurhelizahelmi untuk segera tampil dan mengemukakan maklumat berkenaan wanita berkenaan.

Sebelum ini rakyat Malaysia digemparkan dengan satu laporan yang turut tular di media sosial mengenai seorang pegawai perubatan wanita warganegara Malaysia bernama ‘Dr Nur’┬ádikatakan telah ditahan pihak jentera Zionis Israel ketika memasuki sempadan kem bagi memberi rawatan perubatan kepada rakyat Palestin.

Foto dipercayai “Dr Nur” dikatakan kini dalam keadaan cedera selepas ditahan oleh Tentera Zionis Israel…

Menurut satu hantaran oleh pemilik Instagram @nurhelizahelmi ‘Dr Nur’ kini dalam keadaan bertarung nyawa selepas ditangkap dan meminta Kerajaan Malaysia membantu membebaskannya.

‘Dr. Nur’ juga didakwa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri, luka teruk di bahagian dada, patah tangan, selain ditembak di kaki kerana melawan tentera terbabit.

Wisma Putra dalam kenyataan semalam, berkata Wisma Putra, mengambil maklum akan perkongsian yang tular di media sosial berhubung penahanan ‘Dr. Nur’ oleh pihak Israel.

Satu hantaran yang tular pada aplikasi WhatsApp berhubung kehilangan Dr Nur…

Wisma Putera turut mengesa mana-mana individu lain yang mempunyai maklumat sahih berhubung identiti serta keberadaan ‘Dr Nur’ turut digesa tampil dan mengemukakan maklumat terbabit melalui e-mel bkrm@kln.gov.my.

Katanya, kementerian gagal mengenal pasti butiran peribadi serta perincian insiden yang menimpa ‘Dr Nur’, sekali gus menyulitkan usaha Perwakilan Malaysia menghubungi dan menyalurkan bantuan konsular sewajarnya kepada beliau.

“Semakan dengan Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, Mesir dan Amman, Jordan juga mendapati tiada individu bernama ‘Dr Nur’ yang mendaftarkan keberadaan diri di Palestin atau menghubungi Perwakilan Malaysia untuk mendapatkan bantuan…

“Kementerian Luar sudah berhubung dengan pihak berkuasa di Malaysia untuk membantu mengenal pasti identiti dan keberadaan ‘Dr Nur’, selain mengumpul maklumat berkenaan laporan dikemukakan, termasuk tangkap skrin posting dibuat orang awam berhubung insiden menimpa ‘Dr Nur’.

“Maklumat berkenaan juga sudah dipanjangkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.