Pesawat TUDM Buat Pendaratan Cemas Di KKIA

Pesawat TUDM Buat Pendaratan Cemas Di KKIA

0
SHARE
Kredit Gambar: Charles Mawan..

KOTA KINABALU: Sebuah pesawat F/A-18D Hornet TUDM melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) selepas mengalami masalah enjin, malam tadi.

Kejadian berlaku ketika pesawat dalam penerbangan pulang selepas latihan di Kota Belud, sebelum juruterbang mengambil tindakan mengikut prosedur dan mendarat dengan selamat pada jam 7.47 malam.

TUDM memaklumkan pasukan teknikal telah digerakkan untuk pemeriksaan lanjut, manakala pesawat akan diterbangkan semula ke pangkalan selepas disahkan selamat.