Wanita Gagasan Rakyat Pertahan Autonomi Imigresen Sabah, Kecam Kenyataan Aktivis

Wanita Gagasan Rakyat Pertahan Autonomi Imigresen Sabah, Kecam Kenyataan Aktivis

0
SHARE

KOTA KINABALU: Pergerakan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah mengecam kenyataan seorang aktivis belia yang didakwa melampaui batas berhubung isu autonomi imigresen negeri.

Ketua Wanitanya, Datuk Redonah Bahanda, berkata kebebasan bersuara tidak boleh dijadikan alasan untuk menghina atau membuat tuduhan tanpa asas terhadap institusi kerajaan.

Keputusan kerajaan negeri menyekat kemasukan individu tertentu perlu dihormati kerana ia dibuat berdasarkan kuasa autonomi imigresen yang diperuntukkan undang-undang,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menegaskan autonomi imigresen Sabah adalah hak perlembagaan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), yang membolehkan kerajaan negeri menilai aspek keselamatan dan kepentingan awam.

Menurutnya, kebebasan bersuara dan berhimpun tetap tertakluk kepada undang-undang sedia ada, selain mengingatkan semua pihak supaya menghormati institusi negeri serta mengamalkan demokrasi matang.

“Kebebasan bersuara bukan lesen untuk melanggar undang-undang,” katanya.