Persidangan Kanser Kulit Sabah Julung Kali Dianjurkan

Persidangan Kanser Kulit Sabah Julung Kali Dianjurkan

0
SHARE

KOTA KINABALU: Persidangan Kanser Kulit Sabah 2026, yang julung kali dianjurkan, menghimpunkan 180 peserta dari dalam dan luar negara dalam usaha memperkukuh kepakaran klinikal serta kerjasama perubatan di negeri ini.

Persidangan itu disempurnakan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Dr William Gotulis, yang diwakili Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan), Dr Ridwan Hashim.

Dr Gotulis berkata penganjuran itu mencerminkan komitmen tinggi dalam memperkukuh pertukaran ilmu, kerjasama multidisiplin dan pengurusan kanser kulit, terutama ketika penyakit berkenaan semakin membimbangkan di kawasan tropika.

Persidangan seperti ini menyediakan platform penting untuk bertukar pandangan, berkongsi pengalaman klinikal serta perkembangan terkini dalam diagnosis, rawatan dan penjagaan rekonstruktif,” katanya.

Beliau turut menekankan kepentingan kesedaran awam, pengesanan awal, diagnosis tepat dan rawatan berkesan, selain pembangunan kapasiti serta latihan berterusan dalam kalangan pengamal kesihatan.

Persidangan anjuran Unit Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif Hospital Queen Elizabeth bersama Kelab Plastik Akademik Sabah itu menampilkan 13 penceramah serta sesi praktikal termasuk bengkel jahitan pembedahan dan pengurusan parut.