Polis Siasat Video Tular Kes Gaduh dan Pukul di Kota Belud

Polis Siasat Video Tular Kes Gaduh dan Pukul di Kota Belud

0
SHARE

KOTA BELUD: Polis membuka kertas siasatan berhubung rakaman video dan beberapa gambar tular di media sosial yang memaparkan kejadian pergaduhan serta perbuatan memukul seorang individu sehingga menyebabkan kecederaan di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, ASP Ahmad Fathie Md Salleh berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca serta keadaan sebenar kejadian.

“Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku pada 8 Ogos 2026, kira-kira jam 5.30 petang di daerah Kota Belud, Sabah,” katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.

Menurut beliau, susulan laporan yang diterima, polis membuka satu kertas siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Katanya, siasatan lanjut kini dijalankan termasuk mengenal pasti individu yang terlibat serta mendapatkan keterangan saksi bagi melengkapkan siasatan.

Ahmad Fathie turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau tuduhan serta tidak menyebarkan maklumat yang belum disahkan berkaitan kejadian berkenaan.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak menyebarkan semula rakaman video dan gambar berkaitan yang boleh menjejaskan serta mengganggu proses siasatan,” katanya.

Beliau meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya tampil memberikan kerjasama kepada polis bagi membantu siasatan.

Menurutnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan siasatan akan dijalankan secara telus, profesional dan berlandaskan undang-undang, manakala tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan hasil siasatan.