Abang Pukul Adik Perempuan Sendiri Sehingga Meninggal Dunia

Abang Pukul Adik Perempuan Sendiri Sehingga Meninggal Dunia

0
SHARE
PDRM
Logo PDRM ( Sumber Foto: Google )

KOTA KINABALU, SABAH – Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan kerana didakwa menyebabkan kematian adik perempuannya di rumah keluarga merea di Jalan Signal Hill sini, pada Khamis lalu.

Mangsa berusia 25 tahun itu ditemui dengan kecederaan parah di muka oleh bapanya pada kira-kira 4.30 petang.

Beliau dalam keadaan koma telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth II untuk rawatan namun meninggal dunia dua hari kemudian pada pukul 10.30 malam Sabtu (6 Mei).

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Supt Kalsom Idris berkata polis masih berusaha untuk mengenal pasti motif serangan.

Katanya, menurut kenyataan dari ahli keluarga suspek dan mangsa terlibat dalam pergaduhan sebelum kejadian.

“Mangsa dan abangnya dikatakan kerap bergaduh di rumah tetapi kita masih belum dapat memastikan motifnya.

“Ketika kejadian, hanya dua beradik itu berada di rumah. Siasatan sedang dijalankan,” katanya.

Kalsom berkata pihaknya telah merampas dua cincin yang dipakai suspek dalam serangan.

“Ujian air kencing ke atas suspek mendapati dia negatif dadah. Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.