Aduan Kod QR Pendekatan Terbaru Polis Sabah Kepada Komuniti Kota Kinabalu

Aduan Kod QR Pendekatan Terbaru Polis Sabah Kepada Komuniti Kota Kinabalu

0
SHARE
Jauteh
Jauteh (dua kanan) melakukan gimik pelancaran kod QR bersama Datuk Bandar Datuk Seri Dr. Sabin Samitah (kiri) dan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Kontinjen Sabah SAC Mohd Azhar Hamin (kanan)

KOTA KINABALU, SABAH – Polis Sabah telah melancarkan kod QR untuk orang ramai melaporkan secara langsung jenayah, keadaan trafik atau kecemasan yang berlaku di bandaraya ini.

Pesuruhjaya Polis Datuk Jauteh Dikun berkata ia adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia.

“Pelancong pun boleh menggunakannya. Mungkin jika mereka sesat. Masyarakat boleh menggunakannya untuk melaporkan contohnya kes kecemasan kemalangan pejalan kaki.

“Polis Diraja Malaysia Sabah mempunyai 15 kawasan ‘payung’ di kawasan bandar untuk memastikan keamanan dan ketenteraman tetapi terdapat peningkatan dalam orang ramai jadi kami sedar itu tidak mencukupi.

“Ini adalah projek perintis yang tidak akan menggantikan Aplikasi Rondaan Telefon Pintar Sukarelawan Polis Diraja Malaysia (VSP) tetapi sebagai tambahan, kerana tidak ramai orang yang mendaftar (untuk VSP).

“Kaedah terbaharu ini dalam memberikan yang terbaik kepada masyarakat dan akan mula diterapkan di seluruh negeri,” katanya pada majlis pelancaran kod QR di pondok polis Warisan Square pada Selasa.