ADUN Tg Keramat Shahelmey Puji Kecekapan Pasukan Keselamatan Yang Menjadi ‘Frontliner’

ADUN Tg Keramat Shahelmey Puji Kecekapan Pasukan Keselamatan Yang Menjadi ‘Frontliner’

0
SHARE
Datuk Ir Shahelmey Yahya...

PUTATAN, SABAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat, Ir Shahelmey Yahya memuji kecekapan pasukan keselamatan yang menjadi barisan hadapan (frontliner) dalam menghadapi norma baharu (new norm).

Menurut beliau, selain memastikan tahap keselamatan negara dan Sabah secara amnya terus terjamin, penugasan bagi pematuhan menghadapi pandemik COVID-19 di kalangan rakyat juga perlu diiktiraf sebaiknya.

“Kita mengiktiraf sumbangan mereka ini sebagai ‘frontliners’ atau barisan hadapan selain menghadapi tugas hakiki menjaga petugas keselamatan.

“Sehubungan itu, jalinan erat di antara masyarakat awam dan pasukan keselamatan ini harus terus dipelihara bagi memastikan hubungan dua hala berkenaan semakin utuh,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program jualan gerai ‘Car Boot Sales’ di Kem Lok Kawi, Putatan, hari ini.

Hadir sama pada program itu adalah, Panglima 5 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan.

Sementara itu, program jualan gerai ‘Car Boot Sales’ di Kem Lok Kawi merupakan acara diadakan dua (2) kali sebulan bagi mendedahkan warga kem dengan bidang keusahawanan.

Jelas Shahelmey, pihaknya menyokong usaha warga kem dalam mempelbagaikan peranan termasuklah bidang perniagaan bagi membantu ekonomi setempat.

“Program seumpama ini merupakan satu usaha yang baik dan kita turut membantu memeriahkan acara mereka dalam menambah pendapatan sampingan,” katanya.

Untuk rekod, program ‘Car Boot Sales’ Kem Lok Kawi itu diadakan dengan semangat norma baharu melalui penekanan pematuhan SOP dan pengendalian mengimbas suhu para pengunjung yang hadir.