AGARAS Buat Laporan Polis Terhadap Kenyataan Di Facebook Menghina Mendiang Komando

AGARAS Buat Laporan Polis Terhadap Kenyataan Di Facebook Menghina Mendiang Komando

0
SHARE
Komando
Tangkap layar paparan skrin komen kurang sensitif pengguna Facebook terbabit

KOTA KINABALU, SABAH – Pertubuhan Angkatan Gabungan Rakyat (AGARAS) Sabah membuat laporan Polis terhadap pemilik akaun Majommel Haque diatas kenyataan menghina terhadap mendiang Lans Koperal Edrin Baitim.

Presidennya, Micheal Frederick berkata berasa terkilan dengan siaran yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook bernama ‘Mojammel Haque’ itu.

“Dalam perkongsiannya menyebut mengenai kematian mendiang dalam nada yang berbaur penghinaan,” katanya.

Pemilik akaun itu memuat naik gambar upacara pengkebumian mendiang dengan kapsyen “Komando OAS tiwas di sungai Melaka”.

Komando
Tangka layar paparan komen kurang sensitif pengguna Facebook terbabit

“Tidak pandai berenang. Malu saya OAS (orang asli Sabah). Sudah-sudah posting (pautan) ini, bukan hidup lagi, sudah pun tiada,” katanya.

Micheal berkata kenyataan demikian sekali gus sebuah penghinaan kepada kaum Kadazan Dusun Murut Rungus serta Unit Skuad Drone Bot Kombatan.

Presiden Pertubuhan Angkatan Gabungan Rakyat (AGARAS) Sabah, Michael Frederick ( Sumber Foto: Ihsan AGARAS )

“Saya membuat laporan polis supaya ada tindakan keras diambil oleh pihak berkuasa. Pihak AGARAS menyeru kepada warga netizen Malaysia khususnya dari Sabah untuk menggunakan media sosial dengan etika yang menggambarkan identiti bangsa kita sendiri.

“Janganlah kita terus mudah percaya dan menjadikan perkongsian dalam laman sosial sebelum mempunyai bukti tanpa usul periksa. Kita mempunyai kepelbagaian etnik dan bangsa yang berilmu, beragama dan berfikiran terbuka.

“Sila hentikan budaya menyokong secara membabi buta perkara-perkara yang bermatlamat mengaibkan individu lain, merosakkan integriti yang bakal membawa perpecahan keharmonian kebudayaan masyarakat pelbagai kaum yang sedia ada di Sabah,” tambahnya.