AHLI PKR BIADAP HINA YANG DI-PERTUAN AGONG DITAHAN POLIS

AHLI PKR BIADAP HINA YANG DI-PERTUAN AGONG DITAHAN POLIS

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Ahli PKR Iswardy Morni yang diburu Polis selepas menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di media sosial baru-baru ini akhirnya telah ditahan Polis.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Dev Kumar dalam satu kenyataan berkata, Iswardy diberkas di rumahnya di Kajang kira-kira jam 11 malam pada Sabtu.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Dev Kumar sebelum ini mengesahkan, tiga kertas siasatan dibuka berikutan laporan Polis dibuat berhubung video berkenaan

“Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.”

Iswardy Morni yang juga Pengerusi Pro-Keadilan Sarawak telah memuat naik video secara ‘LIVE’ berhubung “Total Lockdown: Apa Yang Kerajaan Gagal Belajar Dalam Setahun ini?” di YouTube rasmi miliknya.

Ahli PKR Iswardy Morni ‘BIADAP’ hina Yang di-Pertuan Agong…

Dalam video itu, Iswardy turut mengeluarkan kenyataan mendakwa Seri Paduka seakan-akan tidak bertindak terhadap peningkatan kes COVID-19 selain mempersoalkan sama ada Yang di-Pertuan Agong ada menerima video dibuat individu lain mendakwa Iswardy ada menghina Seri Paduka.

“Tuanku, bangun tak, bangun tak bangun ini. Tahu tak apa sekeliling kita kes (COVID-19) jadi 8 ribu. Kita tahu makan di istana itu sedap, saya tidak pernah pergi kalau dijemput masuk nak juga,” dakwanya.

Selain itu, dalam video itu Iswardy turut membandingkan Yang di-Pertuan Agong dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bersasar di negeri Johor.

“Jadi Tuanku nak buat apa Tuanku, kalau tahun lepas cepat bertindak, sekarang macam mana, bila nak bertindak. Takpe lah, biar ramai rakyat Tuanku mati, lawan tetap lawan,” dakwanya lagi.

Kejadian menghina dan memfitnah Yang di-Pertuan Agong bukan kali pertama dibuat oleh ahli-ahli politik Pembangkang.

Sebelum ini, pada 04 Jun 2020 ahli Parti Warisan Sabah Ismaily Bungsu turut menghina dan memfitnah DYMM Raja-Raja dan Sultan.

Pada 06 Jun 2020, dua (2) laporan Polis telah dibuat ke atas Ismaily, satu daripadanya oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tuaran, manakala satu lagi oleh Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57).

Pada 06 Jun 2020, Pemuda UMNO Bahagian Tuaran melalui Ketua Pemudanya Alfian Sambas telah membuat laporan Polis di Balai Polis Tuaran Sabah ke atas pemimpin Parti Warisan, Ismaily Bungsu kerana telah menghina dan memfitnah Raja-Raja…

Menurut maklumat yang diterima sehingga kini Ismaily Bungsu masih lagi bebas dan belum didakwa di Mahkamah.

Ismaily dalam satu tulisan di Facebook miliknya sebelum ini turut menghasut rakyat untuk melakukan kudeta dan menukar negara Malaysia yang mempunyai sistem Beraja kepada sistem Republik

Ismaily Bungsu juga menuduh seolah-olah Sultan di Malaysia ni macam ‘TUHAN’ dan tidak perlu disembah.

Foto dipetik dari Facebook Ismaily Bungsu dilihat turut menghasut rakyat Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara Republik…

Ismaily turut menulis Raja-Raja di Malaysia sebagai zalim, makan harta rakyat dan penghuni neraka.

Sumber foto FITNAH dan MENGHINA Raja-Raja dipetik daripada laman media sosial Facebook milik DATUK Ismaily Bungsu dan telah dipadam…

Dalam pada itu, aktivis dan ahli-ahli UMNO dalam satu kenyataan turut mengecam Ahli MPP dan bekas Senator PKR, Saiful Izham Ramli selepas tampil mempertahankan cadangan pemecatan Iswardy oleh Fahmi Fadzil.

Saiful Izham Ramli dalam satu hantaran di Facebook rasmi miliknya selepas tampil mempertahankan cadangan pemecatan Iswardy..

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas termasuklah memecat beliau sekiranya mengulangi perbuatan yang sama.

Fahmi Fadzil dalam kenyataan itu berkata, oleh kerana isu video Iswardy sudah menjadi kes siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM), PKR akan menunggu hasil siasatan sebelum mengambil tindakan lanjut terhadapnya.

Fahmi Fadzil…

Sementara itu, ahli-ahli UMNO menyambut baik penahanan Iswardy dan mereka berkata, tidak hormat kepada Raja-Raja bukan satu perkara yang baru dilakukan oleh segelintir ahli-ahli politik pembangkang.

“Oleh sebab itu, majoriti ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi telah sepakat untuk menolak cadangan pembentukan gabungan jajaran baharu dengan PKR dan DAP…

“Walaupun cadangan gabungan ini telah dipersetujui secara sulit oleh sebahagian pemimpin UMNO termasuk Presiden Parti, namun tindakan Iswardy dan sesetengah pemimpin PKR jelas menunjukkan UMNO tidak boleh bergabung dengan PKR,” ujar mereka lagi.