AJ Productions Sdn Bhd Umum Tarik Diri Dari Kerjasama Penganjuran Pameran BOHEX

AJ Productions Sdn Bhd Umum Tarik Diri Dari Kerjasama Penganjuran Pameran BOHEX

0
SHARE
Aj
Dari kiri Ketua Pegawai Operasi AJ Productions Sdn Bhd, Jasnie Mohd Yaakub, Ketua Pegawai Eksekutif AJ Productions Sdb Bhd, Asmi Datuk Andi Yakin dan Pengerusi Bohex, Datuk Abdul Hakim Gulam Hassan ( Sumber Foto: Ihsan AJ Productions Sdn Bhd )

KOTA KINABALU, SABAH – Syarikat AJ Productions Sdn Bhd secara rasmi mengumumkan menarik diri daripada kerjasama dalam penganjuran Borneo Halal International Exhibition (BOHEX) yang dijadualkan berlangsung pada 21 hingga 25 Disember ini yang bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Pengerusi Bohex Management, Datuk Abdul Hakim Gulam Hassan mengumumkan turut menarik diri dari terlibat dalam penganjuran program terbabit.

Berdasarkan kenyataan itu, keputusan tersebut diambil setelah mempertimbangkan pelbagai faktor termasuk perbezaan hala tuju.

“Kami percaya keputusan ini adalah langkah terbaik bagi memastikan fokus dan keutamaan kami seiring dengan objektif jangka panjang organisasi kami.

“Kami amat menghargai peluang berkolaborasi dengan semua pihak yang terlibat sepanjang tempoh perancangan acara ini, dan kami yakin bahawa BOHEX akan terus berjaya di bawah pengurusan dan penyelarasan pihak yang masih terlibat.

“Kami berharap penganjuran BOHEX akan berjalan lancar dan mencapai kejayaan yang diharapkan.

“Terima kasih atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan kepada kami sepanjang penglibatan dalam projek ini,” jelas dalam kenyataan terbabit.