Akaun ‘Twitter’ Presiden AS Dipadam

Akaun ‘Twitter’ Presiden AS Dipadam

0
SHARE

NEW YORK – Akaun Twitter Presiden Donald Trump, @realdonaldtrump dipadamkan oleh seorang pekerja Twitter Inc. yang hendak berhenti kerja kelmarin, kata syarikat media sosial itu.

Memetik laporan Reuters, akaun rasmi Presiden Amerika Syarikat (AS) itu padam hampir 11 minit sebelum kembali pulih, kata Twitter.

Trump memiliki kira-kira 41.7 juta pengikut di Twitter dan menggunakan laman sosial itu secara meluas termasuk memuat naik komen untuk mengkritik seterunya.

Beliau juga bergantung kepada Twitter bagi mempromosikan dasarnya semasa kempen pilihan raya Presiden AS pada 2016 dan selepas menduduki White House.

“Kami dimaklumkan bahawa perbuatan ini dilakukan oleh seorang kakitangan sokongan pelanggan Twitter pada hari terakhir dia be­kerja. Kami sedang melakukan siasatan dalaman secara menyeluruh.

“Kami juga akan mengambil beberapa langkah bagi mengelakkan kejadian serupa daripada berulang,” kata Twitter dalam satu kenyataan.