Aksyah Tegur Mahasiswa, Seru Jaga Adab Politik

Aksyah Tegur Mahasiswa, Seru Jaga Adab Politik

0
SHARE

KOTA KINABALU: Aktivis masyarakat, Aksyah Nasrah menegur tindakan seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang didakwa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, sambil menegaskan kepentingan adab dalam politik.

Beliau berkata mahasiswa perlu menggunakan ruang pembelajaran untuk membina pemikiran matang, bukan menghamburkan kata-kata kesat terhadap pemimpin.

“Menuntut ilmu di universiti adalah untuk membina akal yang celik, bukannya membiarkan mulut menjadi celaka,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Aksyah turut berkata tuduhan terhadap Hajiji adalah tidak tepat kerana Ketua Menteri itu sedang berada di Makkah untuk menunaikan ibadah.

Beliau menasihatkan mahasiswa agar berfikir secara matang sebelum mengeluarkan kenyataan serta tidak terpengaruh dengan mana-mana pihak yang boleh menjejaskan adab dan imej diri.