Anak Melayu Makin Ramai Terjerumus Dalam Pertubuhan “Ex-Muslim”

Anak Melayu Makin Ramai Terjerumus Dalam Pertubuhan “Ex-Muslim”

0
SHARE

KUALA LUMPUR – ‘Bekas Muslim’ atau ‘Ex Muslim’ gelaran yang diberikan kepada golongan yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan. Majoriti adalah anak melayu yang semakin ramai terjerumus di dalam pertubuhan ini.

Syarat wajib untuk menjadi ahli persatuan ini hanyalah yakin bahawa Tuhan tidak wujud.

Persatuan ini di bawah Atheist Republic Consulate Of Kuala Lumpur. Dikenali juga sebagai Atheist Republic di dalam laman sosial Facebook. Persatuan ini menjadi semakin viral kerana perjumpaan mereka telah berjaya diadakan di Kuala Lumpur.

Kapsyen di dalam page mereka dan gambar yang dimuat naik di laman media sosial Facebook;

“Kedutaan Republik Ateis Kuala Lumpur, Malaysia adakan perhimpunan tahunan dan ianya sangat menggemparkan! Ateis dari semua latar belakang datang untuk bertemu satu sama lain, ada yang pertama kali berjumpa…setiap mereka berkongsi kisah dan buat ikatan persahabatan yang baru, diharap akan berkekalan seumur hidup! We rock!”

Pertubuhan ini sebenarnya telah diasaskan oleh Amin Navabi seorang yang berasal dari Tehran, Iran. Beliau semasa kecil banyak terdedah kepada ketidak amalan agama islam dalam ibadah.

Belliau tidak mengamalkan ajaran islam dalam kehidupan seharian dan tidak bersolat.

Laman Facebook Atheist ini telah diwujudkan pada tahun 2011 lagi dan sehingga kini telah berjaya mempunyai keahlian seramai 1.6 juta ahli dari seluruh dunia.