MISSISSIPPI, AMERIKA SYARIKAT – Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA) mengeluarkan satu amaran keras pada Sabtu (21 Ogos) baru-baru ini terhadap penggunaan ‘ivermectin’ untuk merawat COVID-19 dengan berkata; “Anda bukan kuda. Anda bukan seekor lembu. Serius, ya. Hentikanlah.”
FDA bertindak balas susulan daripada penggera dari Mississippi, yang mana merupaka kawasan dengan penularan wabak terburuk di Amerika Syarikat (AS) menyebabkan ramai orang telah mengambil ‘ivermectin’ untuk merawat atau mencegah jangkitan COVID-19.

Untuk rekod, ubat ‘ivermectin’ ini sering digunakan terhadap parasit pada ternakan binatang.
Pada Jumaat lalu, Jabatan Kesihatan Mississippi mengeluarkan amaran bahawa lebih daripada 70 peratus (70%) panggilan baru-baru ini telah pergi Pusat Racun Negeri setelah mereka mengambil ‘ivermectin’ yang dibeli di pusat bekalan ternakan.
Thomas Dobbs, Pegawai Kesihatan Negeri ketika dihubungi mengatakan pada awal minggu ini, dia dimaklumkan hanya seorang yang dimasukkan hospital tetapi dia mendengar laporan orang mengambil ubat itu “sebagai pencegahan”.
“Saya rasa itu benar-benar gila, jadi jangan lakukannya,” katanya pada media.
Amaran Jabatan Kesihatan mengatakan 85 peratus (85%) pemanggil mengadu mengalami gejala ringan tetapi terdapat seorang telah “diarahkan untuk meminta penilaian lebih lanjut kerana dilaporkan tertelan jumlah ivermectin yang banyak”.
Sementara itu, National Institutes of Health mengatakan kebanyakan kajian mengenai penggunaan ‘ivermectin’ terhadap COVID-19 mempunyai “batasan yang ketara” dan mengatakan bahawa tidak ada bukti yang mencukupi untuk mengesyorkan bahawa penggunaan ‘ivermectin’ boleh melawan jangkitan pandemik yang melanda dunia sekarang ini.
Amaran FDA turut mengatakan bahawa ‘ivermectin’ “bukan anti-virus” dan bahawa “mengambil dos besar ubat ini berbahaya dan boleh menyebabkan tahap bahaya yang serius”.
‘Ivermectin’ sering digunakan pada haiwan, FDA mendedahkan bahawa ubat tersebut telah disetujui penggunaannya dalam dos yang lebih kecil pada manusia, tetapi hanya untuk mengubati dua keadaan yang disebabkan oleh cacing parasit.
Terdahulu, Mississippi mempunyai wabak per kapita tertinggi di negara AS dengan kadar vaksinasi yang terendah.
Menurut laporan Bloomberg Vaccine Tracker, salaupun kecepatan vaksinasi meningkat baru-baru ini di Mississippi, 45.1 peratus (45.1%) orang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos berbanding dengan majoriti di peringkat nasional sebanyak 60.5 peratus (60.5%).
